Monday, October 27, 2008

MAAFKAN AKU !!!

masihkah mahu kau dengarkan kisahku ini,
hanya untuk beberapa minit,
bagaimana untuk aku terangkan ?..

semua yang berlaku,
tiada niat untuk melukakan,
tergamakkah aku melukakan ?..

bila ku katakan maaf,
mahukah kau percaya,
dengarkan kisahku,
katakan kau tidak akan meninggalkan,
bila ku katakan maaf,
bisakah kau memaafkan ?...
bila kukatakan ku sentiasa di sisimu,
mahukah kau percaya ?..
percayakah kau ?..

setiap kata yang ku ungkapkan,
seperti api yang menyambar..
tiada alasan,
tiada penerangan,
percayalah,
jika ku bisa membetulkan semua kesalahanku,
ku akan berikan segalanya..

bila ku katakan maaf,
mahukah kau percaya ?..
dengarkan kisahku,
katakan kau tidak akan meninggalkan,
bila ku katakan maaf,
bisakah kau memaafkan ?...
bila kukatakan ku sentiasa di sisimu,
mahukah kau percaya ?..
percayakah kau ?..

jika ku katakan,
aku sudah menyucikan rohaniku,
dan jika ku berjanji,
ku akan bisa mengawal,
akan kau bukakan kah pintu itu ?..
dan biarkan aku masuk,
terima aku yang baru,
dan bukan aku yang dulu.

maafkan aku.

spread love with smiles
thanks for loving and caring

MELODI MELUDU!!!

tatkala celik aku bagaikan lelap,
sedar aku bagaikan mengelamun,
berpijak di atas tanah bagaikan sedang terbang,
aku butuhkan musik sekarang,
musik yang mampu membeliakkan kembali mata aku,
buat aku kembali merasa kerasnya tanah yang aku pijak,
aku butuh musik untuk aku terus waras..
oh!!!
aku butuhkan juga bantal dan empuk tilam,
aku punya tugas sekarang tapi AKU MENGANTUK!!!

spread love with smiles
Thanks for loving and caring

Sunday, October 26, 2008

SECEBIS KENANGAN !!!

Girl drowns after saving friend

By ANN TAN

GEORGE TOWN: A birthday party turned awry whe

n a girl drowned after saving her friend from the pool.

Sam Yean Ting, a Year Five student in Sekolah Keba

ngsaan Batu Lanchang, was found struggling in the pool of her friend’s apartment in Green Lane at about 8pm on Saturday.

She was rushed to the Lam Wah Ee Hospital but was p

ronounced dead due to excessive water in her lungs.

The 11-year-old girl who had just finished her school final exam received her friend’s birthday invitation last week.

Her mother Tan Hong Hua, 45, said her father Sam Swee Lin, 54, who is a government servant, dropped her off at her friend’s house at 3pm on Saturday.

“At about 7pm, she called her father asking him to o

nly come and pick her up at 9pm because she would like to spend more time with her friends.

“However, my husband went earlier and waited outside because he was worried about her safety,” she said.

Tan said at about 8pm, the birthday boy’s mother called

her to inform her about the incident.

Yean Ting’s elder sister Karyn Sam Yean Fern, 23,

said she was out with her boyfriend at Padang Serai whe

n she received a call from her sister Jennie Sam Yean Nie giving her the bad news.

“The three of us do not know how to swim. I was told that Yean Ting promised our mother she would stay in the baby pool,” she said.

George Town OCPD Asst Comm Azam Abd Hamid, who confirmed the incident, said the police are not suspecting any foul play because a witness saw Yea

n Ting jumping into the pool on her own will.

“She was trying to save her friend who was drowning,” he said.

source : http://thestar.com.my/news/story.as

p?file=/2008/10/26/nation/20081026160556&sec=

nation

sebaik terbaca berita ni aku terus teringatkan seorang kawan aku yang juga meninggal dunia lemas untuk menyelamatkan dua rakannya yang lemas..dua rakannya terselamat tetapi tidak arwah..kejadian berlaku jika tak silap aku pada 20 May 2007 di Gunung Nuang.

Muhamad Fadhli bin Che Hassan atau lebih mesra di kenali sebagai Palie dikalangan kawan-kawan sememangnya di kenali sebagai seorang kawan yang sangat baik pekertinya..aku di pertemukan dengan arwah ketika aku terlibat dengan penggambaran filem Kala Malam Bulan Mengambang..arwah adalah seorang jurugambar untuk filem tu di samping Ted Adnan..sungguh singkat perkenalan aku dengan arwah..nyata Allah lebih menyanyangi arwah..daripada Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali..semog a rohnya di cucuri rahmat..al Fatihah.


gambar gambar di bawah adalah antara hasil kerja arwah Palie ketika terlibat dalam pembikinan
filem Kala Malam Bulan Mengambang ( KMBM ).

spread love with smiles
thanks for loving and caring

WIRA TAK DI DENDANG !!!



semalam aku tercapai buku Memoir Shamsiah Fakeh Dari AWAS ke Rejimen ke 10 yang terletak atas meja kawan sekerja..(dia tak tau pun aku pinjam buku ni sebab dia tak keje semalam..sorry)..
secara jujur dan terangnya aku mengaku yang aku kurang mengetahui tentang insan bernama Shamsiah Fakeh ni..apa yang ku kenal mengenai insan cekal ni hanyalah secebis dua sahaja dari apa yang di suapkan kepada aku oleh buku buku teks sejarah corakan UMNO..tak banyak yang di ceritakan oleh cikgu sejarah sekolah aku tentang Wanita Komunis Terakhir ni mahupun rakan seperjuangannya yang lain..

melalui media arus perdana dan kebanyakkan bahan bacaan lain, aku selalu di sogokkan dengan kenyataan bahawa komunis itu jahat..semalam setelah aku habis baca buku tersebut aku cuba menggali lagi fakta..kali ini melalui internet..juga tak banyak sumber yang boleh di rujuk malah tak pula di ketahui kesahihan faktanya..jadi aku kira buku tulisan beliau ini sendiri adalah rujukan tepat untuk aku..untuk aku mengenali beliau dan perjuangannya.



buku ni berjaya mengkail mata aku..semuanya di terangkan dengan cukup baik aku kira..juga mudah untuk di fahami..isi yang tersangat menarik dalam buku ini menyebabkan aku nak juga abiskan membaca buku ni dalam masa tu jugak..terlalu banyak kisah yang menyentap perasaan aku..pengorbanan seorang wanita cekal sepertinya yang tidak pernah di dendangkan oleh guru guru sejarah di sekolah..begitu juga ramai lagi rakan seperjuangannya yang gugur ketika mengangkat senjata yang hilang dalam catitan sejarah..buku ini juga sangat berkesan dalam memberi gambaran kepada para pembacanya mengenai kembara beliau..terlalu banyak kisah, terlalu banyak perasaan yang di catitkan dalam buku ni bermula dari zaman mudanya,kisah perkahwinannya, perjuangannya dan macam macam lagi..

aku kira buku ini cukup baik untuk kalian..melihatkan kepelbagaian fakta dan kesangsian kesahihan fakta lain...maka buku tulisan beliau ini sendiri adalah rujukan terbaik..aku percaya masih ramai antara mereka yang seusia mahupun muda dari aku yang masih belum kenal siapakah wanita bernama Shamsiah Fakeh ini..aku tak salahkan mereka..tapi bagi aku makin di sorokkan fakta itu semakin aku dahaga untuk mencari kebenarannya..usaha beliau untuk membukukan kisah hidupnya harus di lihat sebagai usaha murni dan ikhlas beliau untuk melihat generasi pasca merdeka mendapat fakta sejarah yang betul..aku sanjung usaha dan pengorbanan beliau.

20 Oktober 2008, perginya “Wanita Komunis Terakhir” bernama Shamsiah Fakeh jauh dari kita..beliau pergi untuk selamanya...jam 5.30 petang, diiringi dengan tangisan, jenazah Allahyarhamah Shamsiah Fakeh dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur...semoga rohnya dicucuri rahmat..al Fatihah.


“Situasi ketika itu sudah mulai tegang. Kami telah diperintahkan masuk hutan di kawasan Lubuk Kawah. Aku pun masuk hutan dan bermulalah era aku berjuang mengangkat senjata. Semangat cintakan tanahair dan Kemerdekaan serta kesetiaan kepada perjuangan telah mebuat aku teguh dan sanggup masuk hutan. Yang penting ialah mencapai Kemerdekaan. Pada fikiranku setelah Merdeka maka segala-galanya akan dapat diselesaikan.”- Shamsiah Fakeh

“Sebenarnya anggota Polis dan tentera memang tak perlu berdendam dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau tentera kerajaan. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka.” - Shamsiah Fakeh

“Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan British untuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita.”- Shamsiah Fakeh

spread love with smiles
thanks for loving and caring


Saturday, October 25, 2008

INI KIRA SATU ANJAKAN !!!

balik dari keje malam tadi aku ternampak sekumpulan kengkawan yang sedang minum minum sambil berborak..sebab aku tak nak kecilkan hati dorang aku pun singgah lagipun dorang dah dok panggil..tak singgah kang apa lak dorang cakap..aku pun dah lama tak berborak dengan dorang..jadi aku pun melabuhkan punggung aku sekejap dengan dorang.

tapi entry ni bukan untuk aku bercerita atau berkarang tentang kengkawan aku ni tapi tentang topik yang dorang bincangkan..alangkah bangga aku bila kengkawan aku ni dok berbicara pasal pemilihan Presiden US dan hal hal negara jiran..khusyuk aku mendengar lontaran pendapat pendapat kengkawan aku ni..dorang memang update knowledge dorang pasal apa yang berlaku dalam dan luar negara..aku sebenarnya sedikit terkejut sebab biasanya kelompok kengkawan aku yang aku kenal ni lebih suka berbicara mengenai awek,kereta dan sebagainya..tapi kali ni lain skit..
hurm..

sebab tak tertahan mata aku ni yang bagaikan di gam gam..aku minta diri..lagipun aku ada tugas keesokkannya..lain kali aku join eh guys..anyway saper cakap belia belia yang melepak kat kedai kedai kopi sampai awal pagi ni tak tau apa jadi dalam dan luar negara..aku kira ini juga prove yang mereka mereka ni concern..ye ke idak ?

spread love with smiles,
thanks for loving and caring

Monday, October 13, 2008

PREJUDICE KE AKU ?..

sebaik aku keluar dari 7E setelah membeli sekotak rokok aku terpandang seorang anak gadis melayu yang juga baru menapak keluar dari 7E..dia melihat kiri dan kanan,memanjangkan leher meninjau jauh..berlari lari anak ke depan sikit sambil memegang plastik yang mengandungi sebotol air mineral..hairan aku di buatnya..aku tengok jam kat tangan baru pukul 5.45 pagi..aku malas nak hirau anak gadis tadi..lantak la..baru aku nak gerak je ke tempat kerja, aku disapa anak gadis tu dari belakang....

gadis : bang, ada nampak kereta kancil tak kat sini tadi ?..kancil warna merah.
aku : kancil ?..tak nampak la pulak..kosong je tadi.


aku memang tak nampak seekor ataupun sebuah kancil pun sebelum aku melangkah ke 7E tadi..gadis ni nampak makin resah..muka dia dah macam nak menangis..aku pun tanya...dalam keadaan muka dia yang cuak tu dia menjawab..tapi mata dia masih mengeliling mencari kancil merah.

aku : kenapa ?..
gadis : tak tadi dengan kawan dia suruh beli air..keluar keluar dorang dah takde.
aku : try la telefon dorang..
gadis : beg saya semua tinggal dalam kereta dorang.
aku : try la pakai public phone..
gadis : macam mana ni ?..


gadis ni makin resah..dah nak menangis..mata dia dah mula bergenang air..aku dah jadi serba salah..aku nak pergi kerja ni..lambat pulak jap lagi..nak tak nak aku decide untuk gerak..gadis tadi yang nampak gaya aku macam nak chow tanya aku lagi...

gadis : macam mana ni ?..duit langsung takde ni?..
aku : nah telefon try la call dorang..aku nak pergi kerja ni..cepat.


aku hulur dia telefon bimbit aku..dia tak amik..dia macam fikir..aku dah bertambah pening tengok gelagat dia ni.

aku : tak nak ?..
gadis : tak ingat number dia ?..
aku : camner ni ?..rumah kat ner ?..
gadis : kampung pandan.


lagi bertambang pening kepala aku..belum masuk kerja lagi ni..malas nak fikir panjang aku seluk saku aku dan hulur dia 5 ringgit..

aku : amik la ni..ko pergi balik naik bas..takpun ko pakai la telefon sape sape amik ko..

dia macam segan nak amik tapi amik gak..lepas tu aku terus gerak nak pergi kerja takut lambat..
aku tinggal kan gadis tu dengan dilema dia..on the way pergi kerja kepala aku keep thinking kenapa la gadis tu kena tinggal..apa dia buat pagi pagi ni keluar..kepala otak aku dah fikir mesti dia kena majal ni..lepas kena !@#$ terus kena tinggal kot..ish teruk betul aku ni..

aku tak tahu la plot permulaan dilema gadis tadi..tapi dari gaya dia nampak macam awal 20 tahun..tapi at least aku dah hulur dia 5 ringgit takdelah aku rasa bersalah sangat..walaupun aku ni tengah kering jugak tapi mungkin dia lebih memerlukan sekeping 5 ringgit tu untuk dia sampai rumah dengan selamat..pagi gelap gelap macam ni banyak benda boleh jadi..perempuan pulak tu.hurm..kenapa dia kena tinggal eh?..haha.

spread love with smiles,
thanks for loving and caring

Saturday, October 11, 2008

MONOLOG - PERGI JAHANAM KORANG!!!

remuk!!!
hancur!!!
punah!!!
musnah!!!
sakit!!!
perit!!!
marah!!!
benci !!!
jijik!!!
menyampah!!!
meluat!!!
serius aku rasa nak ludah kat muka korang..BANGSAT!!! & SIAL!!! itu memang korang!!!

yes aku pak pacak!!!
yes aku badut !!!
yes memang aku tukang karut!!!
korang ?..pewaris perangai SYAITAN!!!
tak payah nak hulur tangan salam ngan aku..aku JIJIK!!!
tak payah nak berlagak baik depan aku..
tak payah nak tunjuk cool depan aku..
aku tak berminat nak kenal pewaris perangai SYAITAN!!!

salah aku ke ?..
salah aku ke kalau aku jadi pak pacak untuk tunggu ?..
salah aku ke kalau aku jadi badut untuk biar orang ketawa ?..
salah aku ke kalau jadi tukang karut untuk bagi orang terhibur ?..
memang..
memang aku yang terhegeh hegeh..
memang aku yang beriya iya..
memang aku yang bodoh sebab mengharap..
lantak..
lantak la lepas ni..
aku tak boleh..
memang aku tak boleh..
sebab aku memang pak pacak..
sebab aku memang badut..
sebab aku memang tukang karut..
bodoh ke aku ?..
salah ke aku ?..
korang boleh rasa ke apa aku rasa ?..
korang boleh fikir ke macam mana aku fikir ?...
korang tau ke perasaan ?..
kejam ke aku sebab halang sebuah kemahuan ?..
tak cukup bagus ke aku untuk sama sama merasa ?..
boleh ?..
boleh ke korang selam apa aku rasa ?..
korang rasa ke macam mana aku rasa ?..
senang ?..
senang untuk korang ?..
hilang ?..
hilang ke rasa yang nak di hilangkan ?..
puas ?..
puas hati korang dapat buat aku macam ni ?..
cuba?..
aku dah cuba ?..
korang ?..
ini ke yang korang balas kat aku ?..
ye aku berhak kan ?..
terima kasih sebab tak henti henti buat aku berfikir..
korang senyum ?..
nikmatilah dunia ni macam mana yang korang nak..
berbaloi ?..
tanya diri korang balik berbaloi ke ?..
hilang ?..
dah hilang ke ?..
tahniah korang menang..
tahniah korang berjaya..
tahniah korang buat aku remuk..
ingat dunia ni adil..
aku tak kan sorak..
aku tak kan sembunyi lagi..
takpe biar aku jadi pak pacak..
takpe biar aku jadi badut..
takpe biar aku jadi tukang karut..
biar aku hadap semua..
biarkan aku remuk bila korang suka..
jangan sibuk nak hirau..
terima kasih dan tahniah..
aku remuk..biarkan aku.

spread love with smiles,
thanks for loving and caring

AKU BUKAN MALAIKAT !!!

aku tak tau apsal tapi hati aku membara nak pergi bakar semua club kat Jalan P Ramlee..marah betul aku dengan kewujudan neraka neraka kecik ni..aku tak paham dan serius aku geram nak pergi bakar tempat tu..Jalan P Ramlee ni dah banyak kali jadi saksi pada anak anak bangsa aku yang terbaring mabuk dan macam macam keletah dan perangai yang menyakitkan mata..sedih nama jalan yang dinamakan selepas seniman agung yang sayangkan bangsa dia jadi macam ni..tolong tukar nama boleh tak?..Jalan Neraka ke Jalan Memesong ke?..kan lagi terang namanya macam tu..senang dan dah menggambarkan rupa jalan tu.

sedih..memang aku sedih sangat dengan kewujudan semua neraka neraka kecik ni..mata aku dah tak sanggup lagi nak tengok semua ni..anak bangsa aku, gadis gadis melayu yang terliuk lentok menari, anak anak muda yang tanpa segan silu tunjuk yang akidah dah terpesong..meneguk air kencing setan dah macam minum teh tarik je..aku sedih tengok semua ni..jiwa aku meronta ronta nak neraka neraka ni di hapuskan..aku benci..menyampah meluat dan kesian..nak aku seru semua anak bangsa aku supaya jauh dari neraka neraka ni pun tak kemana suara aku..apa yang aku mampu buat hanyalah memanjatkan doa moga Allah berikan sedikit petunjuk..aku bukan malaikat dan aku takde hak mungkin untuk menafikan kemahuan korang..tapi sedarlah.

hiburan?..alasan untuk mereka yang datang kunjung neraka neraka kecik ni..pelik aku dan tak tahu lagi sampai bila aku kena tengok dan dengar mende mende ni..mungkin aku ni kolot..mungkin aku ni keras tak pandai menari..ye aku memang budak kampung..aku bangga jadi budak kampung..aku berterima kasih pada Nya sebab masih bagi aku kekuatan untuk jauhkan diri dari tempat ni..jauhkan aku dari neraka kecik ni..jauhkan aku dari meneguk air setan ni..bukan aku baik..aku bukan malaikat..aku pun pernah buat silap mungkin lagi besar dari tu..tapi alhamdulillah aku cepat sedar..sedar dari mende yang hanya memberi kegembiraan buat sementara..aku menangis dalam hati tiap kali aku lihat deretan neraka neraka kecik ni..aku berdoa supaya Allah tarik anak bangsa aku dan kawan kawan yang aku sayang perlahan lahan jauh dari neraka neraka kecik ni..mungkin masanya masih lambat untuk mereka sedar tapi kelak insyaallah..amin.

spread love with smiles
thanks for loving and caring

CONTY YES DATUK ?..

entry ini adalah continuity dari entry YES DATUK ?..ikuti situasi berikut..hakhak..

aku berjalan ke pantry untuk membasahkan tekak yang kering..dan aku perhati sekumpulan cleaner kat situ tengah dok bising-bising..maka datanglah seorang akak cleaner ni kat aku dan bertanya...

akak cleaner 1 : ni apa dia cakap ?..( sambil menunjukkan sebuah artikel akhbar berbahasa Inggeris pada aku yang mengandungi gambar Shah Rukh Khan )

aku : o0..ini Shah Rukh Khan dapat anugerah Datuk dari negeri Melaka..

akak cleaner 1 : kenapa dia dapat Datuk pulak ?..

lalu sampuklah akak cleaner yang lagi seorang..

akak cleaner 2 : dia dapat anugerah ye?..dia ada jasa la tu dengan orang Malaysia..

akak cleaner 1 : apa jasa dia ?..kenapa dia dapat anugerah pulak ?..apa jasa dia ?.. ( akak ni pandang aku bertanya )

aku terkedu kejap tak tahu nak jawab apa..tak tahu apa jasa mamat ni kat negara aku..serius aku tak tau..apa aku buat lepas tu selepas terkedu ?..aku teguk air sambil angkat bahu tanda aku tak tahu dan aku chow keluar hisap rokok..aku biarkan akak akak tu dan kumpulan kengkawan dia berfikir apa jasa mamat bollywood ni..


minta maaf la kak mungkin aku terlupa jasa mamat ni ataupun aku tak sedar tapi serius aku tak tau kenapa mamat ni dapat ni anugerah Datuk..miong aku memikirkan..huhu.

spread love with smiles,
thanks for loving and caring.

Friday, October 10, 2008

NUN KITA DI BAWAH SANA!!!

aku terbaca aku ulang aku terbaca cerita pasukan kebangsaan kita yang berjaya mengalahkan Pakistan 4-1...bangga sekejap..lepas tu aku terus teringat ari tu ada la colleague aku yang juga reporter untuk sport kat tempat keje aku tunjuk kat aku ranking terkini FIFA..tanpa aku tanya dia, dia tau tau je yang aku nak tau ranking Malaysia kat mana..sebelum ni aku ada dengar juga la dalam radio yang ranking Malaysia dah naik satu tangga..berapa?..satu je?..a'ah SATU je..huhu..apsal malu ?..jap jap..aku blum bagitau number berapa plak Malaysia dalam ranking terkini FIFA ni..sedut nafas panjang panjang kengkawan..huahuahua..Malaysia kat tangga ke 160..a'ah..160..huhu..lagi malu ?..memang patut pun kita malu..lagi malu negara-negara yang kat atas kita ni adalah negara seperti Lesotho,Tajikistan,Surinam dan Eritrea..a'ah aku sajer letak nama negara yang pelik pelik yang kita tak pernah dengar atau kita tak sangka pun wujud..lagi best nampak yang dorang ni main bola lagi bagus dari kita..iya?..huhu.

aku rasa negara yang aku tulis kat atas ni pun kalau nak di ikutkan infrastruktur dorang lagi teruk kot..lagi terkebelakangan dari apa yang kita ada..kot kot training pun pakai bola getah lagi..ok kalau korang tak nak compare ngan dorang takpe..aku amik Singapore..jiran kita ni duduk kat tangga yang ke 132..jauh gak la ngan kita. ~ supermokh tiada gantinya~

aku sebenarnya dah hilang minat dan tak bernafsu lagi dah nak tengok dan ikut perkembangan bola sepak Malaysia ni..letih la..takat tu jugak..endorsement banyak bukan main tapi ntahlah..malas nak komen..kalau 12 tahun dulu aku tak sabar sabar nak tunggu ari minggu untuk tengok Liga Perdana dan Piala Malaysia tapi la ni aku tengok live kat tv je aku tukar channel..huhu..korang marah ker?..tak tahulah mana silap kita..aku rasa semua kita ada..dulu Jepun dan Korea tu kita saing kadang kadang kita gigit dorang..sekarang nak ajak lawan friendly pun dorang malas nak layan aku rasa..kalau datang pun bawa youth team je kot..sian kita kan?..aku ingat dorang ni dah prepare awal awal dah zaman kita gigit dorang tu dorang dah ada plan untuk 10 tahun akan datang..kita?..masih lagi berbangga dengan apa yang kita ada..la ni amik kau dorang dah bubye kita..sian je kita kan ?..

aku tak nak la mimpi lebih lebih sangat tapi dapat tengok kita sama takuk dengan jiran Siam kita pun aku dah boleh senyum dan bangkitkan balik nafsu aku untuk tengok bola sepak kita..last aku pergi stadium tengok bola ialah pada 2 tahun lepas kat Stadium Shah Alam..nak bersorak nama Malaysia kat Piala Dunia tak tahulah bila...macam ni punya gaya zaman cicit cicit aku pun dok kat takuk tu jugak kot.

~piala malaysia tahun aku baru lahir~

p/s : aku tak sempat zaman SuperMokh dulu tapi masa zaman Dollah Salleh, Matlan Marjan, Hashim Mustapha dan rakan seperjuangan dorang yang lain main dulu pun dah dapat menaikkan nafsu aku..aku hafal semua nama pemain Malaysia masa tu..sekarang?..jangan tanya aku sape pemain Malaysia..dua tiga kerat je aku kenal tu pun sebab ada yang bercinta ngan artis..hakhak.patut ke aku malu ?..


spread love with smiles,
thanks for loving and caring

KALAU TU SORRY LAH FREN!!!

tak tahan dengan kesejukan tempat keje aku ni aku keluar kejap untuk menyedut asap rokok..sambil melihat kepulan asap keluar dari mulut aku yang menjahanamkan paru paru dan jantung aku, aku teringat kisah dua hari lepas..masa aku pergi acheh..a'ah acheh tapi bukan acheh kat indonesia tu tapi acheh dekat dengan rumah aku..acheh ni sebenarnya adalah deretan kedai runcit yang di usahakan oleh pendatang dari acheh..aku deskripsikan kejadian tu lebih kurang macam ni :-

aku : mild seven 14...( sambil keluarkan wallet nak bayar)
tokey kedai : (sambil melihat susunan kotak rokok kat belakang kaunter )..14 takde..besar nak ?..
aku : abis?..takpe la..

tiba tiba aku disapa...

h : apa yang abis ni syah ?..
aku : la..kau h.. ( aku tutup wallet n nak simpan kat poket balik )

aku terus keluar dari kedai acheh tu..h kejar aku...

h : syah..boleh pinjam 10 ringgit tak ?..aku nak beli five la..nak tunggu 'j' lambat sangat la.
aku : takdelah..aku pun tinggal duit nak beli rokok je ni..
h : takpelah.. ( dengan muka hampa h bla dari aku )


mungkin h nampak aku punya isi wallet aku time tu..jadi dia amik kesempatan untuk pinjam duit kat aku untuk beli mende jahanam tu..bukan aku taknak bagi kat dia walaupun dalam wallet aku tu tinggal beberapa keping je kertas yang bernilai ringgit tapi kalau dia mintak aku duit untuk beli makan ke mungkin aku boleh pertimbangkan lagi..tapi kalau untuk mende jahanam tu..sumpah aku tak bagi.

kesian aku tengok dia dan beberapa lagi kawan aku yang tersungkur di sebabkan mende jahanam tu..yang terpaksa mengemis,meminta dan ada yang sampai mencuri untuk mende jahanam tu..bukan aku tak pernah nasihat tapi apa yang aku cakap macam takde mende bagi dorang..dah tersebati dengan mende jahanam tu..berapa ramai dah anak bangsa aku tergadai dek mende jahanam ni..apa lagi yang aku boleh buat cuma kesian kan jelah..hurm..nak salahkan saper?.

spread love with smiles
thanks for loving and caring.

LAGI ?..HURM

Anwar beri tempoh sebelum Aidiladha

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
krull@bharian.com.my

KOTA BHARU: Selepas gagal mengambil alih pentadbiran kerajaan Pusat pada 16 September lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi memberi tempoh baru sebelum Aidiladha ini untuk mengambil kepemimpinan negara.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat berkata, usaha mengambil alih kerajaan Pusat itu belum berakhir walaupun 16 September sudah berlalu, sebaliknya berjalan mengikut perancangan ditetapkan Pakatan Rakyat.

“Saya tidak hendak membuat olok-olok mengenai perkara ini. Kita dah ada jumlah (ahli Parlimen) yang cukup. Ia sebenarnya hendak menguji kesabaran kami (pakatan pembangkang), jadi kita tunggu sampai berhasil usaha itu.

"Perancangan ke arah itu tetap mengikut landasan yang dibuat, kalau tidak boleh dilaksanakan minggu ini, minggu depan, mungkin sebelum hari raya haji depan," katanya pada ceramah perdana Aidilfitri di Padang Perdana Kota Bharu, di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Anwar berkata, perancangan merealisasikan 16 September itu masih dalam perbincangan dengan pakatan pembangkang.

Katanya, selepas gagal mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan perbincangan, Pakatan Rakyat terpaksa mencari jalan lain untuk ke arah itu.

"Apa caranya, ambo tak boleh royak (cakap). Kita akan pilih cara aman," katanya yang enggan memberi butiran bagaimana cara mengambil alih kuasa itu.

Kelmarin, Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub, berkata pakatan pembangkang akan mengambil alih kerajaan menjelang Mac tahun depan dan peralihan kuasa antara Presiden Umno, Abdullah kepada Datuk Seri Najib Razak akan memberi peluang kepada mereka melaksanakan agenda itu.

source : www.bharian.com.my


lagi lagi dan lagi..aku adalah orang yang tersangat nak tengok dan perhati satu reform ni..serius aku tak sabar sapelah yang melompat tu..pergh suspen ni..tak sabar nak tunggu Aidiladha..korang?..

p/s : harap tak tangguh lagi la ye saudara Anwar.

spread love with smiles

thanks for loving and caring

YES DATUK ?..

Shah Rukh Khan dapat Datuk


PELAKON Bollywood, Shah Rukh Khan (gambar) merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, hari ini.


MELAKA 10 Okt. – Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.

Penganugerahan itu menjadikan Shah Rukh Khan, yang dilahirkan di New Delhi pada 2 November 1965, artis Bollywood pertama ber gelar Datuk.

Beliau yang terkenal menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai (1998) mempunyai ijazah sarjana dalam bidang komunikasi dari Jamia Millia Islamia University.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadun Basiron berkata, DMSM dianugerahkan bagi mengenang jasa Shah Rukh Khan dalam bidang seni dan perfileman di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia.

Bagaimanapun, Shah Rukh Khan tidak dapat hadir untuk menerima anugerah tersebut, katanya kepada pemberita di sini hari ini.



souce : www.utusan.com.my


huh?..amik kau..shah rukh khan dapat title datuk..haha..ni yang aku nak curious sesangat ni..apa la relevannya dia ni dapat title datuk ni...tak paham aku..cuba korang bagitau aku kot kot aku ni tersalah ke apa ke tapi aku rasa dia ni memang takde berjasa pun pada rakyat malaysia..apalah rasionalnya seorang rakyat India macam dia ni yang datang malaysia pun sekali sekala je dapat anugerah ni..sungguh aku tak paham.

aku tak tahulah pasal kes kat atas ni tapi aku ada dengar yang title datuk ni boleh di beli..berapa harga dia ?..aku dengarlah eh korang jangan percaya plak..harga dia lebih kurang RM 300 000 satu kepala..amik kau..haha..tak taulah aku betul ke idak..huhu..shah rukh khan bayar ke untuk dapat title ni ?..ntah aku tak tahu..tapi aku rasa dia pun tak pandang title ni..kalau dia beriya nak sah sah dia setuju nak datang.

tapi yang kes mamat bollywood ni dapat datuk memang aku tak paham rasionalnya tang mana..kalau takat mengkhayalkan makcik makcik ngan kakak kakak depan tv aku tak nampak menda lain dah yang dia buat kat rakyat malaysia..tu pun kira sumbangan ke?..korang pikir la sendiri..atau pun dia ni ada sumbangan lain untuk rakyat malaysia yang aku tak sedar...kalau ada tolong la betulkan aku..hurm sungguh aku tak faham.


p/s : teringat kes datuk gelek yang berkeras tak nak bayar saman kononnya sebab dia datuk..tak tahu apa kesudahan cerita ni..korang tau?..

spread love with smiles,

thanks for loving and caring

Wednesday, October 8, 2008

KAN AKU DAH CAKAP !!!

Wanita mati dicekik pada hari bertunang


GOMBAK: Seorang wanita mati dicekik teman lelakinya selepas membuat keputusan untuk bertunang dengan pemuda pilihan keluarga di Batu 19, Kampung Gombak Kuang, di sini, semalam.

Difahamkan, Nurul Hazira Baharom, 26, dijangka bertunang hari ini di rumah ibu bapanya di Kepong, di sini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata polis yang mendapat maklumat ke tempat kejadian mendapati mangsa sudah meninggal dunia, manakala suspek berusia 36 tahun itu terbaring dalam keadaan tidak bermaya, kira-kira jam 11 pagi.

“Suspek bekerja sebagai jurujual pinggan dipercayai cuba membunuh diri dengan meminum racun rumpai selepas mencekik mangsa.

“Berdasarkan siasatan awal, polis percaya ia berpunca daripada perselisihan faham kerana tiada tanda pergelutan. Suspek kini mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh dan masih tidak sedarkan diri,” katanya.


source : www.bharian.com.my

kan aku dah cakap bahaya perasaan bernama cinta ni..kes berat ni..ish ish ish

spread love with smiles
thanks for loving and caring

Monday, October 6, 2008

MELODI MELODA!!!

tak tertahan rasanya dada aku ni di sebabkan batuk yang tak berkesudahan..ikut hati nak je aku togokkan sebotol ubat batuk kasi miong sikit kepala aku ni..tapi di sebalik ketukan ketukan batuk aku ni aku masih lagi tegar menyedut asap asap nikotin sambil mengepat gula gula polo.

tak aku tak akan mengikut kaedah rawatan pelik untuk berhenti merokok..aku rasa boleh agak berapa lama aku terpaksa menahan ketukan batuk ni..paling kurang pun tiga hari aku rasa..kalau bonda dengan babah aku dengar ni sah sah dia akan cakap macam ni " tu la isap lagi rokok tak kena lagi tu esok dah kena merengsa"..apa?..derhaka?..tak la aku bukan derhaka tapi nakal je..haha.

sukanya hati aku tengok jam kat tangan aku ni lagi sejam nak balik..tapi balik pun aku nak buat apa ?..aduh bosan betul la..yunkie keje lagi..esok kena masuk petang plak, ni yang aku malas ni..kalau masuk pagi cepat je rasanya masa berlalu tapi kalau petang...aduh..chief aku nak keje masuk pagi je boleh tak ?..jawablah chief..haha..mengong aku ni..kurang adil namanya tu untuk rakan sejawat yang lain..dah la minggu ni dapat cuti ari orang kerja..yunkie pun keje..bosan la idup aku minggu ni..jawabnya wikipedia,blogspot dan google lah yang akan menemani aku dan memenuhi cuti aku minggu ni..
kan best kalau aku boleh jadi macam kartun kat atas ni..huhu

p/s : time aku nak gerak ni la ada yang nak cut visual la archive subclip la..time aku bersenang lenang tadi takde pape plak..takpe takpe keje keje..huahuahua

spread love with smiles
thanks for loving and caring

ADUHAI SI LUNCAI !!!

aku terbaca statement ni dari posting seorang blogger..yang nak judge betul ke tak statement ni bukan aku tapi yang ada kat tempat kejadian dan yang buat liputan..penyokong fanatik saudara Anwar kita mesti nak sangat tahu sape yang keluarkan statement ni aku rasa..korang baca la dulu statement ni :

"Saya difahamkan tabiat suka meliwat ini sukar dibuang. Hakikatnya Anwar memang seorang homoseks. Kalau saudara-saudara nak tahu, dua hakim yang terbabit melepaskan Anwar dari tuduhan liwat sebelum ini sebenarnya percaya yang Anwar memang seorang homoseks," katanya.

statement ni keluar dari seorang ahli parlimen dari Negeri Sembilan..tersangat la kotor statement ni..dah takde mende nak di ucapkan kot..memang dia ni famous yang amat..kalau aku reveal nama dia confirm orang kenal..tapi aku lagi suka korang berteka teki..ala macam pak dolah gak la suka main teka teki..huhu..kalau korang tanya aku pasal minat politik ke tak aku akan cakap aku minat..minat dengar tengok dan dok perhati gelagat gelagat politician kita sekarang ni..kalau buat drama bersiri aku ingat makan tahun gak la nak abis.

spread love with smiles,
thanks for loving and caring

PENANGAN CINTA!!!

Lelaki amuk selepas cinta ditolak


KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki mengamuk dengan melibaskan sebilah parang di hadapan rumah seorang gadis, Khamis lalu, selepas wanita itu menolak hasrat lelaki terbabit untuk meminangnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam di Jalan Bunga Raya, Dungun itu, lelaki berusia 23 tahun dikatakan meluahkan rasa kesal dari halaman rumah kerana cintanya ditolak gadis terbabit.

Keluarga gadis terbabit kemudian menghubungi polis dan pasukan keselamatan mengambil masa sejam memujuk lelaki itu menyerah diri.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan K Manoharan, berkata gadis berusia 22 tahun yang bekerja di sebuah kilang di Paka, Dungun terpaksa menyelamatkan diri mengikut pintu belakang.

"Suspek yang tidak bekerja dari Jalan Nibung Stesen dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun sebelum dibawa ke Hospital Dungun bagi menjalani pemeriksaan.

"Kita mendapat perintah mahkamah hari ini (semalam) untuk merujuk suspek ke Hospital Tampoi, Johor Bahru untuk pemerhatian selama sebulan." katanya ketika ditemui, semalam.

Manoharan berkata, sehari sebelum kejadian itu gadis terbabit membuat laporan polis apabila suspek mengugut akan mencederakannya selepas cintanya ditolak.

source : www.bharian.com


korang jangan gelak baca berita kat atas ni..ni dah kes serius..bila aku baca je berita ni aku teringat satu kes 10 tahun lepas pasal arwah kawan perempuan akak aku yang mati di tikam beberapa kali dan mayatnya di campak dalam paya..semuanya pasal cinta tiga segi..yang menyedihkan arwah kawan akak aku ni adalah seorang pelajar cemerlang dan masa tu umur arwah pun baru 15 tahun..yang membunuh tu pun pelajar cemerlang jugak juga berumur 15 tahun..dan yang membunuh ni pun jiran aku sebenarnya dan cucu kepada imam kat masjid tempat aku tu..bayangkan lah di usia yang baru belasan tahun saje dah boleh menikam orang di sebabkan cinta yang aku rasa cinta pada usia macam tu tak boleh bawak kemana mana pun..aku rasalah..korang?..
aku tak tahulah korang tapi bagi aku kes ni dah kira serius..

dan beberapa bulan dulu pun aku ada dengar..aku dengar bukan aku baca eh ada satu kes di mana tunang lelaki membunuh tunang perempuannya yang dah beralih cinta..hurm..entahlah..jadi korang janganlah main main dengan perasaan yang bernama cinta ni.

p/s : dah berapa ramai yang tertonggeng,menangis,sedih,gelak,rasa nak bunuh diri,dah bunuh diri dan macam macam lagi sebab perasaan bernama cinta ni.

spread love with smiles,
thanks for loving and caring.

AL KISAHNYA...

aku tak tahu setan jenis apa yang tutup mata aku semalam..aku balik keje pukul 6.30 petang ingat nak sajer baring atas katil lepas tu gone tak tahu kemana..sedar sedar dah nak dekat lima jam aku tidur semalam..setan setan ni mungkin lepas geram kat aku lepas dorang terlepas dari rantai yang ikat dorang masa Ramadan lepas...ini pagi masih lagi rasa nak melelapkan mata..kuyu mata aku di tambah dengan keadaan dalaman ofis aku ni yang sejuk amat.

di sebabkan lelapan aku yang selama lima jam tu aku tak tahu berapa banyak hati yang sakit malam tadi..berapa banyak orang yang aku dengan tidak sengaja ter ignore sekejap...yunkie aku, bonda aku dan kengkawan aku yang text message tak abis abis ajak melepak kosong..sorry guys tak di sengajakan..tak buat dah lepas ni..

pagi ni aku terbaca satu posting dari seorang prominent blogger kat malaysia..kalau korang terer korang tekalah saper ( baru baru ni dia kena tahan polis )..posting tu pasal seorang mak datin yang spend RM 7 million kat Hong Kong untuk beli jam sahaja..a'ah aku tak silap..biar aku tolong ejakan untuk korang..

RM T.U.J.U.H M.I.L.L.I.O.N

perghh..aku tak tahulah jam bangsa apa yang dibeli mak datin tu..kalau la aku ada duit banyak tu..ish2..duit duit.

lagi best kat kawasan aku sekarang kecoh pasal isu berhala Anwar Ibrahim..yes area batu caves sekarang ni kecoh pasal sebentuk papan lapis Anwar Ibarahim yang berkos RM 5 ribu yang di naikkan baru baru ni..dengar cerita mufti perlis yang memang lantang bersuara telah menyuarakan yang aku petik lebih kurang macam ni la>>>>> Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Islam melarang penganutnya menjadikan objek manusia seperti replika yang besar untuk diagungkan oleh pengikut masing-masing kerana menjurus kepada unsur mengagungkan sesama manusia lebih daripada had yang sepatutnya.
source : www.malaysiakini.com

aku tak nak la komen lebih lebih sangat tapi yang penting papan lapis tu tak pakai budget kerajaan selangor mahupun budget parti..ia adalah hasil sumbangan penyokong penyokong Anwar sendiri sebenarnya..bukan aku cakap tapi Amiruddin Shari, yang juga naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), yang cakap.huhu.

p/s : aku masih lagi tunggu sape la yang akan menyertai acara lompat macam yang saudara Anwar hebahkan..dan satu lagi dengan adanya papan lapis Anwar Ibarahim ni kira aku ada gak la mende lain nak pandang..kalau tak asyik patung dewa besar kat batu caves tu je..mana dapat budget?..ooops jangan tanya aku cuba tanya Encik Kadir mungkin dia ada jawapan..huhu


spread love with smiles
thanks for loving and caring

Sunday, October 5, 2008

MOOD PEPAGI!!

nyaris nyaris aku dapat celaka ari ni..
on the way nak pergi keje pepagi dah ada typical malaysian driver yang nak buat aku marah..
last minute turn without giving signal..bangang betul..
typical malaysian driver..bukan aku nak kutuk tapi driver macam ni memang bangsat dan sial..kalau aku dah bercium ngan kau tadi tak ke jadi satu hal..banyak lagi menda lain aku nak fikir..tolonglah.
lagi satu yang jenis beat red lights..korang nak beat pun tengok la kiri kanan dulu..aku pun kekadang beat traffic lights gak tapi beragak..jangan jadi bangang.

p/s : buat pemandu pemandu malaysia yang sial dan bangsat fikirkan la other road users..orang lain pun ada tanggungjawab dan ada mulut yang perlu di suap..kalau jadi apa apa...we share the road..drive safe.


spread love with smiles
thanks for loving and caring.

MUST READ!!! HUNTING HUNTING!!!


Burhanuddin Al Helmy -Hari Hari Aku Di Zalimi

i am hunting for this book now..anyone ?.

p/s : it must be a rare reading..a must have item..huhu

spread love with smiles
thanks for loving and caring

Saturday, October 4, 2008

SAMA SAMA KITA RENUNGKAN!!!

Pasangan mati gara-gara berubat

Oleh Petah Wazzan Iskandar
wazzan@bharian.com.my


POLIS mengangkat mayat suami isteri yang mati ketika berubat cara pelik.

Suami isteri saling memukul rawat ketagihan rokok

KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu berubat ketagihan rokok dan penyakit hati menggunakan kaedah rawatan pelik yang memerlukan mereka dipukul dengan topi keledar dan batang penyapu, sepasang suami isteri maut, manakala anak saudara mereka cedera parah di Pangsapuri Sri Sarawak, Jalan Imbi di sini, kelmarin.

Pasangan itu, peniaga, Mohd Ibrahim Kader Mydin, 47 dan Rosina S M Mydin Pillay, 41, mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.


Anak saudara mereka berusia 15 tahun yang tidak diketahui identitinya dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana parah di seluruh badan.


Mangsa menyertai rawatan pelik dianjurkan seorang lagi anak saudara mereka jam 2 petang yang memerlukan mereka memukul satu sama lain menggunakan kayu dan topi keledar hingga pengsan.

Kejadian pukul memukul antara satu sama lain itu turut membabitkan lapan lagi ahli keluarga mereka yang lain. Lapan daripada mereka ditahan polis bagi membantu siasatan, bagaimanapun empat dibebaskan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, berkata kejadian itu berlaku selepas pasangan terbabit masing-masing mengadu ketagihan rokok dan penyakit hati ketika bersama tiga anak mereka berkunjung ke rumah abang Mohd Ibrahim sempena Aidilfitri di pangsapuri berkenaan.

"Dalam perjumpaan kedua-dua keluarga itu yang semuanya 11 orang, seorang anak saudara mangsa iaitu suspek utama mendakwa bermimpi dan mendapat wahyu serta mempunyai kuasa mengubat dan mencadangkan rawatan dengan memukul antara satu sama lain menggunakan topi keledar dan kayu penyapu.

"Suspek memberitahu mereka, selepas rawatan pukul memukul itu, mereka akan pengsan dan apabila sedar penyakit itu akan hilang.

"Bagaimanapun, apabila upacara itu selesai sejam kemudian, suspek bersama ahli keluarga lain menunggu sehingga pasangan terbabit yang berlumuran darah sedar, tetapi kedua-duanya tidak sedarkan diri selepas lima jam.

"Keluarga mangsa yang risau kemudian menghubungi ambulans dan paramedik yang tiba jam 9 malam mengesahkan kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia," katanya pada sidang media di sini, malam kelmarin.

Ku berkata, polis merampas kayu penyapu dan topi keledar yang ada kesan darah untuk membantu siasatan.

source : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20081002232056/Article/

alangkah terkejut beruknya aku membaca artikel ni..sebenarnya aku dah baca cerita ni masa aku baca paper kat rumah lagi..tapi saja aku copy balik nak share ngan korang terutamanya smoker yang berazam nak berenti merokok..kalau nak ikutkan aku ni pun bolehlah di kategorikan sebagai heavy smoker..sekarang aku tengah menagih asap dari batang batang rokok Mild Seven Original..dulu aku menagih asap dari batang batang rokok Dunhill..tapi aku rasa asap Mild Seven ni kira light skit la.

nak di jadikan sejarahnya aku mula menyedut asap rokok ni dah nak dekat 12 tahun..masa tu baru balik sembahyang isha' kat masjid dan kengkawan mengajak..aku ingat lagi rokok yang aku isap time tu adalah rokok kretek gudang garam yang di beli oleh kawan aku..masa tu ada jual batang batang lagi..tak silap aku 30 sen sebatang..lepas hisap kepala jadi piau al maklumlah tak pernah isap rokok umur pun baru berapa time tu..lagi best lepas aku isap rokok aku balik semula ke masjid sebab ada makan makan time tu tapi aku kena panggil dengan kononnya brader la kat tempat aku tu..dia marah marah and nak tumbuk muka aku plak sebab ada orang ngadu aku isap rokok..kononnya dia cakap dia jaga aku la apa la..taik dia la..diri dia pun tak terjaga..ptuuuih!!!

tapi aku jadi serious smoker masa aku umur 15 tahun..aku panggil zaman ni zaman kegelapan tak tersuluh nama dia..macam macam hal aku buat..sampai la sekarang aku masih lagi seorang perokok tegar..aku sendiri tak tahu apa colour paru paru aku sekarang...tapi last time aku ada buat medical check up kat hospital doktor cakap paru paru aku ngan jantung steady je..functioning well..huhu..nak ikutkan memang aku nak berenti sangat sangat habit yang tak berfaedah ni..habit yang mak bapak pun benci..tapi nak buat camner tak boleh doe..serius memang tak boleh..tambah tambah dengan kerja lagi di dalam freezer ni..sejuk yang amat tempat keje aku ni..yang kulit biawak je yang tak pakai sweater..serius..

balik pada story kat atas tu sama samalah kita ambil ikhtibar ek..pada smoker smoker sekalian kalau nak quit smoking pun ada cara yang sihat dan betul betul berkesan..nak tak nak je..aduh kesian betol la..

p/s : tak tahu la bila aku boleh berhenti.

spread love with smiles
thanks for loving and caring

HURM!!!


~bored and sleepy on sunny sunday..hurm.~

spread love with smiles
thanks for loving and caring